
????✨ Tarsia Matematik Cetus Minat, Asah Minda! ✨????
Tahniah kepada wakil SMK Ghafar Baba yang telah menyertai Pertandingan Tarsia Matematik sempena STEM@NaiSS 2025 yang berlangsung di SMK Naning pada 2 Julai 2025.
Penyertaan ini bukan sahaja menguji kecekapan berfikir secara kritis dan pantas, malah turut memupuk nilai murni seperti kerjasama, disiplin serta keyakinan diri dalam kalangan murid. Syabas juga kepada para pemenang atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan! ????????
Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.